Monday, February 17, 2014

Kehendak VS Keperluan

Assalamualaikum,

Definisi kehendak bagi aku;

Kalau ada pun okey..kalau tak ada pun okey
Kiranya macam tuntutan napsu semata la bagi aku.
Contohnya aku ni memang suka kumpul jam tangan, setakat ni aku baru ada 5 jam tangan tapi antara 5 ni ada satu dua je yang aku duk lenjan guna itupun bergantung kepada situasi tempat aku nak pergi. Bunyi macam membazir je ada banyak jam tapi duk kepam kat rumah dan aku pun rasa membazir jugak kadang-kadang sebab tak dapat kawal napsu aku yang satu ni tapi aku dah minat nak buat macam mana khennnn!!

Definisi keperluan bagi aku;

Okey kalau dah namanya keperluan nak tak nak memang benda ni penting kalau tak ada hidup aku takkan tenang gitcheww!! Contoh terdekat paling mudah adalah handphone yang memang aku rasa super duper penting dalam kehidupan setiap insan, bukan setakat nak update FB ke Twitter ke Instagram ke tapi kegunaan handphone ni memudahkan kita nak berkomunikasi dengan orang sekeliling buatnya aku sesat ke terkunci dalam toilet ke kan senang nak contact orang suruh selamatkan aku haaa gitu la kekdahnyaaa..

Bagi aku tak salah pun kalau kita ada kehendak dalam hidup, sekurang-kurangnya ia akan jadi pendorong untuk diri kita bila nak mendapatkan sesuatu. Tahun 2014 ni umur aku dah bertambah lagi satu angka, perubahan ni buat aku lebih terfikirkan masa akan datang. Bersediakah aku?

Fuhh ending nak saspen je kahkahkahh

No comments:

Post a Comment