Assalamualaikum,
Bulan ni dah masuk 8 bulan aku kerja kat tempat sekarang, memang tak sangka secepat ni masa berlalu. Alhamdulillah masih ada rezeki walaupun status aku kat sini kontrak je, kontrak ni macam telur dihujung tanduk aku ibaratkan diri aku sekarang ni sebab bila-bila masa je kalau orang taknak dorang boleh buang aku sebab tu sekarang aku gigih cari kerja lain tapi nampaknya masih belum ada rezeki aku. Aku percaya pada rezeki yang Allah SWT dah tetapkan untuk aku, aku cuma mampu berusaha je sekarang dan aku percaya pasti ada rezeki untuk aku nanti. Amin amin amin.
Dan ini bermakna sudah hampir 7 bulan aku bagi duit saku untuk ma dan abah kat kat kampung, eh kerja dah 8 bulan tapi baru bagi 7 kali haaaa meh nak citer sebab bulan pertama tu aku tak start bagi lagi kahkahkah nasib baik tak kena petir. Tapi alhamdulillah sampai sekarang rezeki aku masih ada dan aku masih mampu lagi bagi duit saku untuk dorang walaupun ma selalu cakap suruh kurangkan sikit duit yang aku bagi tu tapi aku degil masih bagi jumlah yang sama mihmihmih.
Kalau tengok pun bukan besar pun jumlah yang aku bagi berbanding apa yang ma dan abah dah buat sepanjang besarkan aku yang aku rasa memang tak ternilai dan tak terbalas. Aku dah berjanji dengan diri aku selagi aku mampu aku akan terus menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Semoga aku diberi umur yang panjang serta rezeki yang berterusan. InsyaAllah