Sunday, November 5, 2017

3 tahun

Assalamualaikum

Tak ku sangka wujud lagi rupanya blog ni oemgeeee..last post 2014 kot tapi takpe la kan sebab untuk tatapan peribadi je.

Kali ni aku tanam niat nak update sekerap yang mungkin setiap momen yang berlaku tak kisah la tragis ke suka ke duka ke tawa riang bersama ke amboi banyak pulak..mana la tau kan next time aku boleh baca balik time aku bosan..

Here we go!!

Monday, February 24, 2014

Tanggungjawab

Assalamualaikum,

Bulan ni dah masuk 8 bulan aku kerja kat tempat sekarang, memang tak sangka secepat ni masa berlalu. Alhamdulillah masih ada rezeki walaupun status aku kat sini kontrak je, kontrak ni macam telur dihujung tanduk aku ibaratkan diri aku sekarang ni sebab bila-bila masa je kalau orang taknak dorang boleh buang aku sebab tu sekarang aku gigih cari kerja lain tapi nampaknya masih belum ada rezeki aku. Aku percaya pada rezeki yang Allah SWT dah tetapkan untuk aku, aku cuma mampu berusaha je sekarang dan aku percaya pasti ada rezeki untuk aku nanti. Amin amin amin.

Dan ini bermakna sudah hampir 7 bulan aku bagi duit saku untuk ma dan abah kat kat kampung, eh kerja dah 8 bulan tapi baru bagi 7 kali haaaa meh nak citer sebab bulan pertama tu aku tak start bagi lagi kahkahkah nasib baik tak kena petir. Tapi alhamdulillah sampai sekarang rezeki aku masih ada dan aku masih mampu lagi bagi duit saku untuk dorang walaupun ma selalu cakap suruh kurangkan sikit duit yang aku bagi tu tapi aku degil masih bagi jumlah yang sama mihmihmih.

Kalau tengok pun bukan besar pun jumlah yang aku bagi berbanding apa yang ma dan abah dah buat sepanjang besarkan aku yang aku rasa memang tak ternilai dan tak terbalas. Aku dah berjanji dengan diri aku selagi aku mampu aku akan terus menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Semoga aku diberi umur yang panjang serta rezeki yang berterusan. InsyaAllah

Thursday, February 20, 2014

Benci

Aku susah nak benci orang
Susah

Lagipun aku dah lama tak membenci orang yang sampai tahap benci memang tak dapat diselamatkan lagi kiranya sampai bila aku nak membenci itu yang aku tak pasti. Tapi ada seseorang ni yang buat aku benci gila kat dia, aku pun tak sangka yang aku oleh benci kat dia sampai macam ni walaupun aku tahu tak baik simpan dendam/benci orang lama-lama tapi apa yang dia buat kat aku memang merupakan sebab utama aku benci kat dia. Nampak tak betapa bencinya aku kat dia dengan hanya mengira berapa perkataan benci kat atas tu.

Aku benci dia sebab;

dia buat aku rasa tak berguna
dia buat aku rasa sia-sia pengorbanan selama ini
dia buat aku rasa bodoh
dia buat aku rasa terhina
dia buat aku rasa nak sepak/terajang dia laju-laju

Tapi ada baiknya apa yang dia buat kat aku sebab;

dia buat aku lebih kuat
dia buat aku lebih tabah
dia buat aku lebih cekal
dia buat aku jumpa orang yang lebih baik daripada dia
SUPER DUPER LEBIH BAIK!!

ai hetchewww!!!! Puihhhhhh!!

Monday, February 17, 2014

Kehendak VS Keperluan

Assalamualaikum,

Definisi kehendak bagi aku;

Kalau ada pun okey..kalau tak ada pun okey
Kiranya macam tuntutan napsu semata la bagi aku.
Contohnya aku ni memang suka kumpul jam tangan, setakat ni aku baru ada 5 jam tangan tapi antara 5 ni ada satu dua je yang aku duk lenjan guna itupun bergantung kepada situasi tempat aku nak pergi. Bunyi macam membazir je ada banyak jam tapi duk kepam kat rumah dan aku pun rasa membazir jugak kadang-kadang sebab tak dapat kawal napsu aku yang satu ni tapi aku dah minat nak buat macam mana khennnn!!

Definisi keperluan bagi aku;

Okey kalau dah namanya keperluan nak tak nak memang benda ni penting kalau tak ada hidup aku takkan tenang gitcheww!! Contoh terdekat paling mudah adalah handphone yang memang aku rasa super duper penting dalam kehidupan setiap insan, bukan setakat nak update FB ke Twitter ke Instagram ke tapi kegunaan handphone ni memudahkan kita nak berkomunikasi dengan orang sekeliling buatnya aku sesat ke terkunci dalam toilet ke kan senang nak contact orang suruh selamatkan aku haaa gitu la kekdahnyaaa..

Bagi aku tak salah pun kalau kita ada kehendak dalam hidup, sekurang-kurangnya ia akan jadi pendorong untuk diri kita bila nak mendapatkan sesuatu. Tahun 2014 ni umur aku dah bertambah lagi satu angka, perubahan ni buat aku lebih terfikirkan masa akan datang. Bersediakah aku?

Fuhh ending nak saspen je kahkahkahh

Thursday, February 13, 2014

Tora datang lagi!!!

Assalamualaikum,

Aku tak tahu ini blog aku yang ke berapa dah sebab perangai aku buat blog lepas tu kepam berbulan-bulan sampai lupa password lantas create email baru lepas tu buat blog baru dengan harapan semangat untuk menulis muncul kembali namun semuanya hanyalah napsu semata. Sedehhhh!!!

Jadi kali ini aku kembali lagi mewarnai dunia kalian semua kahkahkah!!
Ini entri pertama tak perlu panjang sangat sebab nak bagi saspen sikit untuk entri seterusnya yang mungkin aku up hari ini atau esok mungkin juga lusa atau minggu depan atau sebulan dua atau mungkin perangai aku kembali lagi dengan mengepam blog ini seperti blog aku sebelum ini.

Terima kasih =)